Selamat Datang Ke Blog Rasmi Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Chikus.......... Sekolah Band 1 .........."SK Chikus Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan"

Thursday, May 7, 2015

KARNIVAL PUSAT SUMBER ABAD KE-21
PERINGKAT KEBANGSAAN

TARIKH    :4 MEI 2015 - 6 MEI 2015 (ISNIN-RABU)

LOKASI    : BTPN PAHANG

ANJURAN: SK SERI BIRAM, PEKAN PAHANG

Peluang untuk menyertai karnival peringkat kebangsaan ini adalah setelah ditawarkan oleh team dari SK Seri Biram yang telah datang ke PPD Hilir Perak dan ke SK Chikus pada 24 & 25 Mac 2015 yang lalu. Seramai 13 buah sekolah yang telah terpilih untuk menyertai karnival ini dan SK Chikus telah menghantar 5 orang murid bagi semua kategori pertandingan. Pertandingan yang dipertandingkan ialah:

1) Pertandingan Resensi Buku
2) Pertandingan Mencipta Powerpoint
3) Pertandingan Mencipta Buku Skrap Multimedia
4) Pertandingan Mencipta Peta Pemikiran (i-Think)
5) Pertandingan Reka Cipta & Kreativiti Bertemakan Aeroangkasa

Keputusan:

SK Chikus telah berjaya mengalahkan beberapa SBT yang lain dengan kejayaan mengumpul sebanyak 3 Emas 1 Perak dan 1 Gangsa.


Emas 1 :  Pertandingan Mencipta Powerpoint - 


MUHAMMAD ZUL AFEZIE BIN HAMDAN (Tahun 6)
Tajuk: Hoki (Sukan Kesukaan Saya)



Emas 2: Pertandingan Mencipta Peta Pemikiran (i-Think) - 

MASITAH AUNI BT ROSLI (Tahun 5)
Tajuk: Peta Alir (Cara Berwudhuk)


Emas 3: Pertandingan Reka Cipta & Kreativiti Bertemakan Aeroangkasa

MUHAMMAD ARIES AZREY BIN MUHAMMAD NUR AL-AMIN (Tahun 6)
Tajuk: Sistem Buruj

Perak : Pertandingan Resensi Buku

 AMIERA BT MAHANI (Tahun 4)
Tajuk: Hebatnya Bangun di Awal Pagi


Gangsa: Pertandingan  Mencipta Buku Skrap Multimedia

NOOR IZZATUL WAHEEDA BINTI AZLIZAN (Tahun 5)
Tajuk: Rantaian Makanan


Tahniah dan syabas semua  terutama kepada para jurulatih dan guru pengiring!!













No comments:

Post a Comment