Selamat Datang Ke Blog Rasmi Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Chikus.......... Sekolah Band 1 .........."SK Chikus Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan"

Friday, May 29, 2015

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 
KALI KE-42/ 2015

TARIKH    : 14 MEI 2015 (KHAMIS)

MASA       : 2.30 PTG

LOKASI    : PADANG SK CHIKUS

Buat pertama kali nya Kejohanan Balapan dan Padang SK Chikus diadakan pada sebelah petang. Dan acara ini telah diberkati Allah dengan turunnya hujan dengan lebat sejurus selepas acara perbarisan berlangsung. Terima kasih kepada pihak yang terlibat dan tahniah kepada semua murid yang telah memberikan kerjasama.

Keputusan:

Johan Keseluruhan      - Rumah Merah
Johan Perbarisan         - Rumah Biru
Johan Hiasan Khemah - Rumah Kuning

Wednesday, May 27, 2015

KEJOHANAN HOKI BAWAH 12
PERINGKAT NEGERI 2015

TARIKH    : 8 MEI 2015 (JUMAAT) -  10 MEI 2015 (AHAD)

LOKASI    : SMK GUNUNG RAPAT  & STADIUM SULTAN AZLAN SHAH, IPOH

Keputusan:

Pasukan Lelaki Hilir Perak:

Hilir Perak vs Batang Padang - 0-1
Hilir Perak vs Kuala Kangsar  - 1-3

Kalah Pusingan Awal

Pasukan Perempuan Hilir Perak:
Hilir Perak vs Manjung - 0-0
Hilir Perak vs Kinta Selatan - 3-1

Layak ke pusingan kedua
Hilir Perak vs Kerian - 0-5

Kalah di pusingan kedua.





Tuesday, May 12, 2015

PIBG- Projek Keceriaan Dewan dan Persekitaran Sekolah 2015


Projek keceriaan dewan SK Chikus ini telah dicadangkan oleh Guru Besar SK Chikus iaitu Ustaz Halmi bagi membolehkan ibu bapa menggunakan dewan ini sebagai lokasi bagi mereka mengakses Frog VLE. Fasa pertama iaitu menggantikan langsir lama kepada yang baru telah dapat dijalankan dengan jayanya oleh kaum ibu. Terima Kasih atas pengorbanan mereka untuk menjahit dan memasang langsir tersebut. Tanpa mereka, projek ini mungkin tidak dapat direalisasikan dengan bajet yang sedikit. Fasa kedua bakal menyusul... nantikan perubahan seterusnya..