Selamat Datang Ke Blog Rasmi Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Chikus.......... Sekolah Band 1 .........."SK Chikus Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan"

Tuesday, April 7, 2015

SEKITAR PERJALANAN MENDAPATKAN JARINGAN PERSEFAHAMAN 
PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2015 



TARIKH    : 30/3 - 5/4/2015 

LOKASI    : HOTEL IMPIANA, IPOH & STADIUM SULTAN AZLAN SHAH, IPOH

Alhamdulillah SK Chikus mengorak langkah seterusnya bagi menjalinkan jaringan antarabangsa. Hasil bantuan pihak Hotel Impiana, En. Azri b. Hashim, SK Chikus telah berjaya mendapatkan peluang untuk bersama-sama terlibat dalam acara bertaraf antarabangsa iaitu Piala Sultan Azlan Shah 2015. Murid SK Chikus telah diberi peluang menyertai acara Menyambut Kedatangan Team Canada ke Malaysia di Hotel Impiana dengan paluan kompang, serta sehari bersama pemain-pemain Canada bagi mendapat tunjuk ajar, bimbingan dan tanda tangan dari pemain mereka. 

Kerjasama ini berjaya hasil dari pakatan bersama Persatuan Hoki Perak yang diketuai oleh Dato' Hj. Abd. Rahim b. Md. Ariff. Jutaan terima kasih kepada Pengurus Besar Hotel Impiana, En. Kamarudin b. Kassim, En. Azri b. Hashim, En. Hakimi (Setiausaha Persatuan Hoki Perak) dan Liaison Officer Canada- En. Hairul Nizam b. Ab Rani, Geoff Matthew, Team Manager Canada serta yang terlibat bagi menjayakan jaringan persefahaman ini. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment