Selamat Datang Ke Blog Rasmi Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Chikus.......... Sekolah Band 1 .........."SK Chikus Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan"

Saturday, January 31, 2015

Merentas Desa Peringkat Kelompok 2

TARIKH
: 29 Januari 2015 | 4.00 ptg
HARI
TEMPAT
JURULATIH

KEPUTUSAN
: Khamis
: SK Pekan Rabu
: Cikgu Abdul Rauf b. Abdullah

: Lelaki Bawah 12 Tahun - Hakimi (Johan)
                                            Zul Afizie (Naib Johan)

: Lelaki Bawah 11 Tahun - Solehin (Johan)

: Perempuan Bwh 11 Tahun - Auni (Ke-7)
                                                Eilka (Ke-8)

5 orang pelajar ini akan mewakili Kelompok 2 ke Peringkat Daerah di SK Tanah Lalang Sabtu ini.

TAHNIAH!!



Thursday, January 29, 2015

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah & 
Pengawas Pusat Sumber 
Sesi 2015
































































































TARIKH
: 26 Januari 2015
HARI
TEMPAT
: Isnin
: Dewan Kenangan, SK Chikus


Jawatankuasa Pengawas Sekolah bagi sesi 2015 ini telah melantik adik Zul Afizie sebagai Ketua Pengawas sekolah dan adik Tasnim sebagai Penolong Ketua Pengawas. Bacaan ikrar juga telah dijalankan oleh Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber. Semoga dengan lantikan ini, para pengawas dapat menjalankan tugas dengan jayanya.

Wednesday, January 28, 2015

GIMIK Pelancaran 1 Murid 1 Al-Quran








































































































TARIKH
: 26 Januari 2015
HARI
TEMPAT
: Isnin
: Dewan Kenangan, SK Chikus


Salah satu program membina Generasi dengan Al-Quran yang telah dijalankan sejak 2012. 1 Murid 1 Al-Quran telah membudayakan murid SK Chikus ke arah mendekati Al-Quran. Program ini dijalankan sepanjang tahun dan melibatkan semua murid-murid SK Chikus. Mereka dikehendaki menghafaz surah-surah tertentu mengikut sukatan matapelajaran Al-Quran bagi setiap tahun. ini sebagai pendedahan awal terhadap murid-murid yang ingin memasuki aliran Tahfiz pada peringkat yang lebih tinggi sekaligus membantu mereka menguasai kemahiran membaca dan menghafaz Al-Quran yang menepati sukatan malapelajaran Pendidikan Islam. Selaras dengan kebitaraan bagi Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Sunday, January 25, 2015

Majlis Perpisahan
Ustazah Che' Kemariah





TARIKH




: 23 Januari 2015
HARI
: Jumaat
TEMPAT
: Dewan Kenangan, SK Chikus


Perginya seorang ustazah yang sangat penyayang Ustazah Che' Kemariah bt. Ahmad.. terpaksa menyambung perkhidmatannya di sekolah lain iaitu SK Sg. Tunku. Semoga kenangan kita bersama tetap bersemadi dalam hati.. Terima Kasih atas segala ilmu dan khidmat bakti di sekolah ini..
Sambutan Maulidur Rasul 1436H/2015





TARIKH




: 23 Januari 2015
HARI
: Jumaat
TEMPAT
: Masjid Chikus


Acara wajib setiap tahun.. perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1436H. Sebuah pengisian rohani bagi warga SK Chikus.
Merentas Desa Peringkat Sekolah
2015





TARIKH




: 22 Januari 2015
HARI
: Khamis
TEMPAT
: Dataran Kejat SK Chikus


Acara ini adalah untuk pemilihan wakil merentas desa ke peringkat kelompok. Murid yang terlibat adalah Tahun 4, 5 dan 6. Jurulatih yang terlibat ialah En. Abd. Rauf b. Abdullah.
Lawatan Perkongsian Pintar SK Chikus
bersama SK Changkat Chermin, Ayer Tawar






TARIKH




: 21 Januari 2015
HARI
: Rabu
TEMPAT
: War Room, SK Chikus


Lawatan Perkongsian Pintar ini telah menjalinkan sebuah ikatan ukhwah antara SK Chikus dan SK Changkat Chermin. Delegasi yang diketuai oleh Guru Besar SK Changkat Chermin, iaitu EN. MOHAMAD HOSNI BIN MD. SENUSI ini telah tiba di SK Chikus pada jam 3.00 petang. Di mulakan dengan pembentangan mengenai SKC oleh Guru Besar SKC, EN. HALMI B. ABD. RAHMAN. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu kedua-dua pihak dalam mencapai kecemerlangan sekolah. Terima Kasih, Datang Lagi...

Lawatan Kali Pertama Sesi 2015 
Tuan Pegawai PPD Hilir Perak
Tn. Hj. Zainal Abidin bin Osman






TARIKH




: 20 Januari 2015
HARI
: Selasa
TEMPAT
: Dewan Kenangan, SK Chikus


Kunjungan oleh Tuan Pegawai PPD Hilir Perak, Tuan Hj. Zainal Abidin b. Osman ke SK Chikus membawa sejuta makna buat warga SK Chikus dengan perkongsian sejarah perkhidmatan beliau. Guru-guru juga telah diberi suntikan amanat baharu yang bakal menaikkan motivasi dalam diri masing-masing. Terima Kasih. 

Saturday, January 17, 2015

Majlis Penyerahan Wang Bantuan 
Persekolahan
Sesi 2015





TARIKH




: 16 Januari 2015
HARI
: Jumaat
TEMPAT
: Dewan Kenangan, SK Chikus


Majlis Penyampaian Wang Bantuan Persekolahan ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Zainol Fadzi b. Paharudin, selaku penasihat jawatankuasa komuniti SK Chikus. Terima Kasih atas kesudian beliau. 

Friday, January 16, 2015

MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KELOMPOK 2
BIL 1/2015





TARIKH




: 15 Januari 2015
HARI
MASA
: Khamis
: 10.00 pagi
TEMPAT
: War Room, SK Chikus


Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi Kelompok 2 iaitu En. Muhammad Halili bin Mohd Isa, (PPT), dari SK Dato' Yahya Subban. Dihadiri oleh semua guru-guru besar kelompok 2. Diadakan di SK Chikus memandangkan SK Dato' Yahya Subban masih digunakan sebagai penempatan mangsa banjir.

Tuesday, January 13, 2015

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2015








TARIKH




: 12 JANUARI 2015
HARI
: ISNIN
TEMPAT
: DEWAN KENANGAN, SK CHIKUS


Sesi Persekolahan 2015 telah dimulakan pada 12 Januari 2015, setelah minggu pertama telah ditangguhkan akibat banjir yang melanda negeri-negeri yang terlibat. Alhamdulillah hari pertama ini telah berjalan dengan lancar dengan kehadiran penuh murid dan guru-guru. Semoga langkah pertama ini membawa semangat yang lebih jitu demi memantapkan SK Chikus, Sekolah Kluster Kecemerlangan.