Selamat Datang Ke Blog Rasmi Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Chikus.......... Sekolah Band 1 .........."SK Chikus Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan"

Monday, December 29, 2014

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

29 December 2014

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.


Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
Pesta Hoki USM- Penang International
2014














































































































































































TARIKH













: 4-6 DISEMBER 2014
HARI
: KHAMIS- SABTU
TEMPAT
: MINDEN FIELD USM


SK Chikus telah melakar sejarah lagi dengan penglibatan pelajar SKK SKC ke Pesta Hoki USM- Penang International 2014. Pasukan lelaki hanya mendapat tempat sebagai Johan Kumpulan pada awalnya, namun tewas untuk ke separuh akhir. Walau bagaimanapun, pasukan perempuan telah mendapat tempat ke-3. Satu kebanggaan buat SK Chikus kerana Pesta Hoki ini melibatkan penyertaan peringkat antarabangsa. Beberapa pasukan dari luar negara yang terlibat antaranya ialah dari Sri Lanka dan China-Taipei. Semoga sekolah ini dapat meneruskan kecemerlangan.

Friday, December 26, 2014

Majlis Makan Malam Penghargaan 
Tahun 6 2014







TARIKH




: 7 DISEMBER 2014
HARI
: AHAD
TEMPAT
: HOTEL IMPIANA, IPOH


Untuk tahun ke 3, SK Chikus meraikan calon-calon UPSR di hotel bertaraf lima bintang iaitu di Impiana Hotel, Ipoh. Terima Kasih kepada barisan guru, PIBG, ibu bapa dan semua yang terlibat bagi memastikan majlis ini berjaya dijalankan. Tahniah Kepada Calon UPSR 2014. 
REHLAH TARBAWI 2014 
DARUL QURAN JAKIM
 KUALA KUBU BARU






TARIKH




: 24-25 NOVEMBER 2014
HARI
: ISNIN - SELASA
TEMPAT
: DARUL QURAN, JAKIM


Rehlah Tarbawi SK Chikus ke Darul Quran, Jakim telah disambut oleh Ustaz Bakri. Antara pengisian adalah LDK bersama kakak-kakak dan abang-abang Kelab Fasilitator Darul Quran. Seterusnya lawatan ke Rumah Ehsan, KKB yang menimbulkan rasa keinsafan. Keesokkannya delegasi ini telah ke Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Wednesday, December 10, 2014

PROGRAM HUTAN SOSIAL JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK BERSAMA SK CHIKUS 2014



















TARIKH


: 20 NOVEMBER 2014
HARI
: KHAMIS
TEMPAT
: PERKARANGAN SK CHIKUS


Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Hj. Roslan Bin Ariffin, Pengarah Perhutanan Negeri Perak. Dengan adanya program ini SK Chikus telah dihiasi dengan pokok-pokok dan laman herba yang segar. Terima Kasih atas kerjasama ini.