Selamat Datang Ke Blog Rasmi Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Chikus.......... Sekolah Band 1 .........."SK Chikus Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan"

Sunday, October 26, 2014




TARIKH
 : 25 OKTOBER 2014
HARI
MASA
 : JUMAAT
 : 8.30 PAGI


Kursus ini telah dikendalikan oleh Kebitaraan Pendidikan Islam SK Chikus. Seramai 32 orang murid tahun 5 & 6 telah terlibat dengan kursus ini. Kursus ini turut disertai oleh pelajar-pelajar dari SK Sg. Kerawai dan SK Pekan Baru Redang Punggor.

Kursus ini telah disampaikan oleh Guru Besar SK Chikus sendiri iaitu, Ustaz Halmi b. Abd. Rahman. Semoga dengan kursus ini peserta dapat didedahkan dengan ilmu asas dalah pengurusan jenazah. Terima Kasih kerana menyertai.


Friday, October 24, 2014

PROGRAM JALINAN KASIH
DI ANTARA
SK PENDITA ZA'BA DAN SK CHIKUS



(Klik di sini untuk gambar penuh)

TARIKH

: 23 OKTOBER 2014
HARI
: KHAMIS
MASA
LOKASI
: 8.30 PAGI - 1.30  PTG
: SK PENDITA ZA'BA, TAPAH ROAD


Program jalinan kasih ini adalah sebagai lawatan balas dari SK Chikus sebagai menghormati lawatan SK Pendita Za'ba ke SKC  pada tahun lepas, 2013. Program yang telah mereka jalankan adalah program penyembelihan dan juga permainan persahabatan yang melibatkan pelajar tahun 6. Di harap dengan lawatan ini ukhwah dapat terus dijalinkan. Terima Kasih kepada yang terlibat.

Sunday, October 12, 2014



TARIKH

: 11 OKTOBER 2014
HARI
: SABTU
MASA
: 8.30 PAGI - 5.30  PTG


Program Klinik Hoki Fasa 1 di Stadium Astroturf, Manjung telah dikendalikan oleh En. Hisham b. Ali. Jurulatih yang terlibat dalam melatih murid-murid SKC dalam latihan asas hoki ialah En. Idris b. Mokhtar, guru di SMK Ahmad Bustamam, Sitiawan, Perak. Seramai 80 murid dari tahun 3,4 dan 5 serta 10 orang guru dan kakitangan SKC telah terlibat dengan program ini. Program ini telah berjaya mencapai objektif dengan jayanya. Terima Kasih pada yang terlibat.

Wednesday, October 1, 2014



TARIKH

: 26-27 SEPTEMBER 2014
HARI
: JUMAAT & SABTU
MASA
TEMPAT
: 8.30 PAGI - 6.00 PTG
: AMPANG SUPERBOWL, IPOH PARADE, PERAK.


Pada tahun ini SK Chikus telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengelola bersama PPD Hilir Perak dalam Pertandingan Boling Tenpin MSKPP 2014 Peringkat Negeri Perak. Beberapa daerah sekitar negeri Perak telah terlibat. Walaupun terdapat beberapa masalah teknikal, pertandingan ini tetap berjaya dikelolakan. Semoga dapat diperbaiki di masa-masa akan datang. Terima Kasih.